Buletin
Emma Maembong bakal timang cahaya mata sulung


Tarikh disiarkan: 8 Julai 2020

Emma Maembong dijangka akan bersalin pada hujung tahun ini.
Emma Maembong dijangka akan bersalin pada hujung tahun ini.

8 Jul – Pelakon popular Emma Maembong dan suaminya bakal menimang cahaya mata sulung mereka apabila pelakon itu mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat buan.

Berita gembira itu dikongsi oleh Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail di laman sosial Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama suami yang memperlihatkan 'baby bump'.

"Bulan madu pertama dan yang terakhir dengan suami. Tak sabar menanti kelahiran bayi saya," tulisnya.


Terdahulu, Emma telah berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam satu majlis tertutup di Bukit Damansara.

Kedua-dua mereka mula berkenalan buat pertama kali pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis hari jadi pelakon Uqasha Senrose bagaimanapun hubungan mereka hanya mula serius pada pertengahan tahun lalu sebelum ambil keputusan untuk berkahwin.

(Sumber foto: Emma Maembong Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide